LIMA JARI MENYIMPAN RAHSIA....
> Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
> >anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian,
> >genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar"
> >sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke
> >hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima
> >waktu jangan diabaikan.
>
> > >Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada
> >jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja
> >akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah
> >fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
> >bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah
> >daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan
> >yang besar pada masa hadapan.
> >
> > >Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia
> >remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya
> >disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak
> >terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia
> >ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman
> >dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan
> >mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan
> >Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
> >
> > >Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
> >namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
> >peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti
> >dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti
> >berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang
> >datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri
> >hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas
> >terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat
> >mesti dilipatgandakan.
> >
> > >Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
> >esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan
> >jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
> >tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
> >sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea
> >bernas dan minda yang hebat.
> >
> > >Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
> >menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
> >membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang
> >Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan
> >lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang
> >berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh
> >berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu
> >jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
>
>Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan
>fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???
No comments:
Post a Comment