PELAWAT

Monday, 18 February 2013

Yakin dalam ilmu.

Yakin dalam ilmu.
 



Diantara orang2 yg menuntut ilmu daripada Nabi Musa as, terdapat dua orang yg berbeza perwatakkannya. Seorang ini baik amalannya, ia rajin beribadah juga rajin mengamalkan apa yg dipelajarinya. Seorang ini pula perangainya buruk, ia juga mengamalkan apa yg diajarkan, tapi tidak bersungguh-sungguh, perangai buruknya melebihi kebaikannya.

Suatu hari murid Nabi Musa as yg ahli ibadah ini meninggal dunia, Nabi Musa as mendapat tahu bahawa dia tergolong dalam kalangan ahli neraka. Nabi Musa hairan kerana ini tidak menggambarkan amalannya ketika hidup.

Tak lama kemudian murid yg buruk itu pula meninggal,Nabi Musa mendapat tahu bahawa lelaki buruk perangai ini termasuk ahli syurga, ini menambahkan kehairanan baginda.

Jadi baginda pun pergi menemui janda ahli ibadah itu utk bertanya perihal suaminya, bagaiman sehingga ia termasuk ahli neraka, kenapa ia tidak sesuai dgn amalan kebaikannya. Nabi Musa bertanya "Ceritakanlah amalan suamimu yg sering dilakukannya semasa hidupnya?"

Isterinya berkata "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya tuan juga mengetahui yg dia sangat rajin mengamalkan apa yg tuan ajarkan."

Baginda bertanya lagi "Adakah ada amalannya yg lain yg sering dilakukannya?"

Isterinya menjawab "Ada, sebelum tidur setiap malam, dia akan berkata "Alangkah baiknya kalau apa yg diajarkan oleh Nabi Musa itu semuanya benar."

Mendengar ini, barulah baginda mengetahui sebabnya ia ahli neraka, lalu baginda pergi pula menemui janda muridnya yg buruk itu dan bertanyakan perihal suaminya.

Isterinya berkata " Wahai Nabi Allah, sesungguhnya tuan juga mengetahui, perangai buruknya melebihi kebaikannya."

Baginda bertanya lagi "Pasti ada amalan suamimu yg lain yg sering dilakukannya?"

Jawab isterinya " Ada tuan, setiap malam sebelum tidur, dia akan mengucapkan "Laa ilaaha illallah walhamdulillah" seperti yg diajarkan tuan."

Maka barulah Nabi Musa as faham kenapa org ini termasuk penghuni syurga, kerana ia yakin dan ihklas dgn ilmu yg dipelajari dan diamalkan.

Kisah ini mengingatkan kita supaya sentiasa yakin dalam beramal, dan tidak semestinya amalan yg zahir itu menggambarkan nasibnya di Akhirat.

No comments:

Post a Comment