PELAWAT

Sunday 13 January 2013

Hikmah Berselawat


Keuntungan Org Yg Berselawat Itu Ada 41

1. Menjunjung titah perintah Allah swt.
2. Selaras dgn perbuatan Allah swt berselawat ke atas Nabi saw.
3. Selaras dgn perbuatan para Malaikat berselawat ke atas Nabi saw.
4. Org yg berselawat ke atas Nabi satu kali,mendapat 10 selawat dr Allah swt.
5. Diangkat utknya 10 darjat.
6. Dituliskannya 10 kebaikan.
7. Dihapuskan drpdnya 10 kejahatan.
8. Diharapkan doanya dikabulkan.
9. Menjadi sebab mendapat syafaat Nabi saw.
10. Menjadi sebab Ghufran atau pengampunan dosanya dan ditutup segala keaibannya.
11. Menjadi sebab dicukupkan barang yg dicita-citakannya.
12. Menjadi sebab berhampiran dgn Nabi saw
13. Menjadi sebab utk bersedekah.
14. Menjadi sebab utk menunaikan segala hajat.
15. Menjadi sebab Allah dan Malaikat berselawat ke atas org yg berselawat ke atas Nabi saw.
16. Menjadi sebab bagi mensucikan dan diberi berkat ke atas org yg berselawat kpd Nabi saw.
17. Menjadi sebab bagi kegembiraan seorg hamba Allah yg diberitahu akan memperolehi Syurga terlebih dahulu sebelum matinya.
18. Menjadi sebab terselamat drpd fitnah derita hari Kiamat.
19. Menjadi sebab Nabi Muhammad saw menjawab selawat ke atas org yg berselawat ke atasnya
20. Menjadi sebab tidak melupakan Nabi saw.
21. Menjadi sebab hilangnya kepapaan org yg berselawat ke atas Nabi saw.
22. Menjadi sebab harumnya tempat berselawat dan ahlinya tidak menyesal pd hari Kiamat.
23. Menafikan kebakhilan hamba Allah itu utk berselawat ke atas Nabi saw apabila ia berselawat ke atasnya.
24. Memenangi doa org utknya dan hinalah org yg tidak berselawat ketika Nabi saw menyebutkan namanya.
25. Org yg berselawat itu datang dgn  mengikut jalan Syurga,sementara org yg tidak berselawat tersalah jalan utk ke Syurga.
26. Bebas drpd majlis yg tidak mengucapkan zikrullah dan RasulNya.
27. Menjadi sebab kesempurnaan kalam yg dimulai dgn Alhamdulillah dan selawat ke atas Rasulullah saw.
28. Menjadi sebab kejayaan hamba Allah lalu di atas Sirathal Mustaqim.
29. Menjadi sebab pertemuan org yg berselawat ke atas Nabi saw dgn Allah dan menerima Tsana’  atau pujian yg baik di antara langit dan bumi.
30. Menjadi sebab menerima rahmat dr Allah swt.
31. Menjadi sebab menerima berkat.
32. Menjadi sebab berkekalannya kasih sayang terhadap Nabi saw dan bertambah-tambah kasihnya itu. Ini merupakan satu dr cabang keimanan kerana keimanan seseorg itu tidak sempurna melainkan adanya kecintaan terhadap Nabi saw.
33. Menjadi sebab kesayangan Nabi saw terhadap org yg berselawat ke atasnya
34. Menjadi sebab seorg hamba Allah itu mendapat petunjuk dan hidup hatinya.
35. Menjadi sebab dilantangkan org yg berselawat ke atas Nabi saw dan disebut-sebutkannya .
36. Menjadi sebab iman org yg berselawat itu tetap dan kukuh.
37. Dgn selawat itu,org yg berselawat menunaikan hak Nabi saw dan bersyukur terhadap nikmat Allah yg dikurniakan kpd kita.
38. Sebutannya mengandungi zikir kpd Allah swt, kesyukuran kpd Allah dan ma’rifat atau mengenali nikmatNya.
39. Selawat drpd hamba Allah itu bererti doa dan permohonan kpd Allah utk dirinya sendiri.
40. Org yg memperbanyakkan selawat akan melihat rupa Baginda saw yg mulia dan termatri di hatinya.
41. Org yg memperbanyakkan selawat ke atas Nabi saw menduduki makam Syeikh yg mengasuhnya, selawat itu juga merupakan maskahwin anak bidadari, harga mahligai dan menjadi tebusan memerdekakan hamba sahaya.


Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: “Adakah yg demikian itu dgn kehadiran hati?” Baginda saw menjawab dgn sabdanya : “Tidak. Tetapi org yg berselawat dgn hati yg lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dgn kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt shj yg mengetahuinya” .

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dgn disertai dgn kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yg mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yg berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga utknya”.

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yg paling utama bersama-samaku pd hari Kiamat (iaitu yg paling hampir kpdku dan yg lebih berhak dgn syafaatku pd hari Kiamat) ialah yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu spt air menghapuskan api”.

Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorg itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sbg pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku.Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat utk akhiratnya dan 30 hajat utk dunianya”.

Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah dtg kpdku dgn berkata : “Wahai Rasulullah, tiada siapa yg berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya”.

Sabda Baginda saw : “Malaikat yg berjalan di muka bumi menyampaikan salam drpd umatku”.

Hasan berkata : “Aku dengar Abu Hurairah berkata : “Tiada seorg pun yg berselawat ke atas Nabi saw satu kali melainkan Allah menyuruh Malaikat menyampaikan selawat itu kpd Nabi saw lebih cepat drpd sekelip mata. Para Malaikat berkata : “Wahai Muhammad! Anak si folan itu…anak si folan itu…memberi salam ke atasmu.” Nabi saw dgn gembiranya menjawab : “Sampaikan pdnya drpdku sepuluh kali dan katakan kpdnya jika engkau termasuk salah seorg drpd yg sepuluh ini, nescaya akan masuk Syurga menyertaiku spt jari telunjuk dan jari tengah ini dan engkau wajib menerima syafaatku.”
Kemudian Malaikat naik kpd Tuhan dan berkata : “Si Anu anak si Anu berselawat ke atas NabiMu Muhammad saw satu kali.” Lalu Tuhan Jalla Jalaaluhu berfirman : “Sampaikan kpdnya drpdKu sepuluh kali dan katakan kpdnya,sekiranya engkau mempunyai satu drpd sepuluh ini,nescaya engkau tidak disentuh api neraka selamanya.” Kemudian Allah Ta’ala berfirman : “Perbesarkanlah engkau selawat hambaKu ke atas NabiKu itu dan jadikanlah ia termasuk di dlm golongan ‘Illiyiin.” Kemudian Allah menjadikan drpd setiap huruf selawat itu Malaikat yg mempunyai 360 kepala, pd setiap kepala ada 360 muka, pd setiap muka ada 360 lidah,kemudian berkatalah setiap lidah dan memuji Allah Ta’ala dgn 360 pujian. Pahala yg demikian itu dituliskan semuanya utk org yg berselawat ke atas Nabi Muhammad saw hingga ke hari Kiamat.

Sabda Nabi saw : “Tiada seorg hamba yg mengucap selawat ke atasku melainkan selawat itu dgn segera keluar dan
lalu di darat dan di laut,di masyriq dan maghrib serta berkata : “Aku selawat si Anu anak si Anu yg berselawat ke atas Muhammad Al-Mukhtar sebaik-baik makhluk Allah.” Maka segala-galanya pun berselawat ke atasnya dan dr selawat itu dijadikan seekor burung yg mempunyai 70 ribu sayap,pd setiap satu sayap terdapat 70 ribu helai bulu,pd setiap bulu ada 70 ribu muka, pd setiap muka 70 ribu mulut,pd setiap mulut 70 ribu lidah,pd setiap lidah itu mengucapkan tasbih kpd Allah ‘azzawajalla dgn 70 ribu bahasa dan dituliskan baginya iaitu bg org yg berselawat pahala semuanya itu.

No comments:

Post a Comment