PELAWAT

Sunday 24 February 2013

Air Anugerah penawar seribu satu penyakit


Air Anugerah penawar seribu satu penyakit


ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia kerana setiap yang dicipta pasti mempunyai hikmah dan manfaat kepada manusia.
Begitu juga air yang dicipta Ilahi, ia mempunyai 1001 hikmah untuk faedah manusia dan terserah kepada kita untuk meneroka kebaikan elemen itu dalam kehidupan.
Percaya atau tidak, air adalah elemen hidup dan sumber penyucian yang mampu merakam gema suara serta niat apabila kita melafaznya dengan ikhlas.

Umpamanya, ketika mengambil wuduk sambil berniat, ia berfungsi menyucikan diri. Sebab itu air mampu menyimpan kekuatan, menjadi ubat dan daya penyembuh kepada manusia.


Justeru, tidak hairanlah, mereka yang tahu, menggunakan air sebagai elemen dalam perubatan Islam.

Menyedari pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia yang kadangkala pelik dan sukar untuk disembuhkan, Anugerah International Sdn Bhd memperkenalkan air mineral semula jadi yang dibacakan 30 juzuk al-Quran dan doa pilihan.

Air mineral Anugerah boleh dijadikan minuman harian kerana ia kaya dengan zat galian selain diperkuatkan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran serta doa pilihan.

Mungkin ia hanya air tetapi percayalah apabila dibacakan dengan ayat al-Quran dan doa pilihan, ia menjadi sesuatu yang berbeza, insya-Allah sebagai ubat.

Inilah rahsia dalam perubatan Islam untuk mencari penawar dalam menghindarkan penyakit di dalam badan, menghindari gangguan makhluk halus selain penerang hati terutamanya untuk kanak-kanak. Teknologi moden dan saintis membuktikan dalam penemuan mereka bahawa molekul air akan bertukar bentuk kilauan bintang selepas ia didoakan dengan ayat suci al-Quran.

Ini memperjelaskan lagi air adalah benda hidup dan bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga tetapi mampu menjadi penawar dalam diri manusia. Air mineral Anugerah berkenaan dibaca di kalangan pelajar tahfiz yang teruji bacaannya dan thiqah.

Kehebatan al-Quran memang terbukti sejak sekian lama. Kandungan ayatnya adalah senjata paling mujarab dan rahmatnya melimpah-ruah umpama sumber mata air yang penuh dengan nur, hidayah dan zikirullah.

Tidak hairanlah kalam suci ini menjadi sumber rujukan bagi mereka yang mengetahui ayat rukyah berkaitan sebarang musibah yang melanda.

Dalam al-Quran terdapat pelbagai kelebihan dan memacu kehidupan manusia kepada kebenaran dan keredaan Allah selain bermanfaat untuk kesihatan.Terdapat hikmah, syifa, nur, penawar yang terlalu banyak dan hebat di dalam al-Quran, terdapat banyak rahsia penawar di dalam al-Quran yang perlu digali dan diteroka sepenuhnya.

Bahkan setiap huruf di dalam al-Quran ada penawar dan kelebihannya. Air Anugerah bukan saja ditenagakan dengan bacaan al-Quran malah mengandungi bacaan ayat-ayat syifa dan doa khusus.

Antaranya dalam surah al-Fatihah untuk penyembuh keracunan, surah al-Syarh bagi menghilangkan kesulitan dan bebanan, surah al-Qadr untuk pembuka minda dan menerangkan mata, surah al-Kafirun untuk menghindar daripada hasutan Iblis (makhluk halus), surah al-Ikhlas untuk jauh daripada mata-mata jahat, Surah al-Falaq untuk penyembuh penyakit siang dan malam dan surah an-Nas untuk menjauhi daripada gangguan jin.

Ternyata kombinasi ayat daripada kalam suci Allah dalam perubatan Islam mampu membantu mengecapi apa yang dihajati jika digunakan dengan betul.

Bagaimanapun, kita berharap pengguna jangan terlalu taksub kepada Air Anugerah ini kerana segala yang dapat dipulihkan adalah menurut kekuasaan Allah. Sebagai hamba Allah, kita perlu berusaha memperbaiki diri dan kesihatan berlandaskan ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment